Minggu, 12 Mei 2013

PULAU MAISON LOUIS VUITTON MARINA BAY SINGAPURA : MAISON PERTAMA DI ASIA TENGGARA

Selamat datang ke Maison Louis Vuitton pertama di Asia Tenggara yang terletak di Marina Bay Sinagpura. Ia merupakan Maison ke 12 LV dan yang pertama dibina diatas "pulau". Direka oleh Peter Marino, Maison LV di Singapura ini diilhamkan dari reka bentuk kapal layar mewah. Bangunan setinggi 4 tingkat ini boleh dilawati dengan berjalan kaki atau menaiki bot peribadi yang boleh dilabuhkan di kawasan peribadi. Selaras dengan rekaan diilhamkan kapal layar mewah, kayu Oak digunakan pada lantai dan tangga. Terdapat juga balkoni yang menyerupai geladak promenad lengkap dengan kerusi malas yang empuk. Kalau anda mahukan privasi , terdapat bilik khas untuk anda membeli belah. Anda hanya perlu duduk dan pekerja LV akan membawakan apa yang anda mahu untuk dicuba didalam bilik VVIP ini.

Keempat-empat tingkat mempunyai tema dan koleksi berbeza. Satu tingkat untuk koleksi lelaki, wanita, barangan kulit dan aksesori mewah LV yang lain. Maison LV Marina Bay ini dibuka semalam dan pelakon terkenal Cate Blanchett diberikan penghormatan memotong riben perasmian kedai yang one of a kind ini. Datanglah ke Singapura dan berlagaklah macam mak datin.. ha ha!






Laporan asal Wallpaper

0 komentar:

Posting Komentar

Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda

"COGAN" 8) WKWK

Like, please~

Follow, please~

 

Different Language ?

Inget Sholat..

Istri Eyang Subur

Rajin Bacanya yaa

IP Address dkk

IP

Who was Here ?

Followers

 

Templates by Nano Yulianto | CSS3 by David Walsh | Powered by {N}Code & Blogger