Di Malaysia kita mempunyai Tubotel, sebuah hotel dimana biliknya dibuat menggunakan kolong konkrit. Bilik di Tubotel Langkawi adalah agak rudimentary dan kerana ianya konkrit adalah sukar untuk digerakkan. Oleh sebab itulah firma rekaan In-Tenta dari Barcelona menghasilkan konsep hotel Drop yang berbentuk tiub serta mudah dialihkan. Ianya dilengkapi dengan kemudahan asas yang diperlukan seorang penghuni hotel. Tidak seperti Tubotel, Drop dibuat daripada kayu dan lebih mudah dialihkan apabila perlu. Ini ialah konsep yang menarik. Nampak lebih selesa dari Tubotel kolong konkrit!
0 komentar:
Posting Komentar