Minggu, 12 Mei 2013

TUBOTEL LANGKAWI : HOTEL KOLONG KONKRIT

Sebelum kena haxxored dahulu kami ada paparkan Tubotel di Mexico. Ianya hotel dimana biliknya diperbuat dari kolong saluran air konkrit. Kami rasa kami tidak akan ke Mexico untuk testing sendiri hotel ini kerana ianya terlalu jauh. Kalau rasa nak cuba jugak merasa tidur dalam bilik kolong konkrit anda boleh ke Tubotel Langkawi yang terletak di Pantai Chenang. Konsepnya sama dan harga penginapan semalam bermula dari USD 33 (RM100) tidak termasuk sarapan pagi. Nampak cam best. Harus cuba tidur semalam di sini jika kami ke Langkawi sekali lagi!

Thanks @SultanMuzaffar for the tip



Laporan asal Facebook Tubotel

HOTEL TONG ARAK GERGASI DI JERMAN

Di Blogserius kamio gemarkan hotel yang mempunyai rekabentuk unik. DiLangkawi terdapat hotel Tubotel yang diperbuat daripada kolong paipgergasi. Di Boston terdapat The Liberty, hotel yang diubahsuai dari sebuah penjara lama. Hari ini mari kita ke perkampungan Sasbachwalden yang terletak di Jerman. Sasbachwalden terkenal dengan ladang anggur yang mengasilkan wine. Jadi tidak mengejutkan apabila ada usahawan hotel yang menggunakan tong simpanan wine sebagai bilik penginapan hotel yang dibuka beliau. Hotel ini mempunyai 10 buah bilikyang terletak di dalam ladang aggur. Ia mampu memuatkan dua orang individu pada satu-satu masa. Harga penginapan ialah EURO 156 (RM 658) semalam . Nice!




Laporan asal InHabitat

PROPELLER ISLAND CITY LODGE : HOTEL DENGAN BILIK BERBAGAI TEMA

Propeller Island City Lodge yang teletak di Berlin ialah antara hotel paling aneh di dunia. Setiap bilik di dalam hotel ini mempunyai temanya anehnya tersendiri. Ada bilik bertemakan penjara, hantu, tunggang terbalik dan bilik seksaan. Jika anda mahu tinggal di dalam hotel yang aneh silalah ke hotel ini. Cool!



Laporan asal Gizmag

GAMBAR YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA MANLYTEARS

Damnh you ninjas with onions!



Laporan asal NedHardy

GAMBAR APARTMEN SEMPIT PENGHUNI MISKIN DI HONG KONG

Mengikut kajian majalah The Economist, Hong Kong ialah bandar yang paling bagus didiami untuk tahun 2012. Sungguhpun begitu dianggarkan lebih 100 000 warga Hong Kong hidup di dalam apartmen mikro sebesar 40 meter persegi kerana kemiskinan. Bagi mendedahkan taraf kehidupan penduduakl yang keadhaifan ini Society for Community Organization, mengadakan kempen kesedaran bagi melobi kerajaan Hong Kong untuk membina rumah kos rendah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah. Gambar apartment mikro di ambil dari atas menggunakan kamera berlensa wide angle yang kemudiannya dijadikan poster. 

Sadis juga kehidupan mereka ini. Suddenly rasa bersyukur kepada kerajaan Barisan Nasional yang prihatin. Hanya BN mampu memberikan rumah kos rendah yang tidak kecil dan selesa didiami rakyat Malaysia yang miskin. Terima kasih Bapa Tranformers Najib Razak. 




Laporan asal SoCo via Petapixel

RITZ CARLTON HONG KONG : HOTEL TERTINGGI DUNIA

Ritz Carlton Hong Kong ialah hotel tertinggi di dunia. Ia terletak diantara tingkat 102 dan 118  International Commerce Center diHong Kong. Tingkat tertinggi hotel ini terletak hampir 490 meter dari permukaan bumi. Impressive. Kalau ada duit memang kami nak melawat hotel ini. Tapi apa kan dan daya kami hanya blogger miskin makan pasir. 




Laporan asal Wiki

KONSEP PENYIMPAN DVD BERBENTUK PESAWAT AVENGERS

So damn cool sial. Ini ialah konsep penyimpan DVD/Blu Ray yang dihasilkan olehDave Delisle. Do want gila babi dowh!





Lapooran asal DaveGeekyIdeas

FACEBED : KATIL UNTUK PENGGILA FACEBOOK

Konsep katil Facebook karya Tomislav Zvonarić. Penggila Facebook pasti menyintai Facebed ini





Laporan asal Behance

KONSEP PENJARA MASA HADAPAN

Sebelum ini ada kami paparkan konsep taman bertingkat di San Francisco. Taman tersebut dibina secara bertingkat bagi memaksimakan penggunaan ruang tanah. Hari ini kita akan melihat sebuat konsep Menara Penjara di New Jersey. Sekali lagi rekaan bangunan vertikal dipilih bagi memastikan penggunaan tanah yang masksimum kerana New Jersey mempunyai ruang tanah yang terhad. Di Amerika dikatakan terdapat lebih kurang 2 JUTA orang dipenjarakan pada satu-satu masa. Secara per kapita USA adalah antara negara yang mempunyai jumlah banduan terbesar didunia.

Selain dari mahu memaksimakan penggunaan tanah, penjara rekaan Andreas Tjeldflaat danGreg Knobloch mempunyai rekaan dalaman yang simbolik. Banduan merbahaya diletakkan pada bahagian bawah. Banduan yang kurang bahaya diletakkan diatas. Ini simbolik tahap pemsulishan seorang banduan untuk berdiri semula menjadi warganegara yang berguna. Banduan pada bahagian atas yang semakin hampir kepada tempoh tahanan dapat melihat keseluruhan bandar. Banduan yang baru dan masih keji tidak dapat melihat dunia luar. Pembinaan penjara di kawasan awam pula menurut dua jurureka memudahkan kaum keluarga melawat.

Dikatakan banduan lebih mudah insaf dan kembali ke jalan yang lurus jika menerima sokongan dan lawatan keluarga. Kebanyakkan penjara di USA terletak di kawasan pendalaman dan ini menyukarkan keluarga melawat. Secara tal langsung the rehabilitation process of the inmates will suffer.

Yes menara penjara ini penuh dengan simbol dan rekaannya lain dari yang lain. Tapi bagi seorang gamer aku teringat penjara CITADEL dari game Half Life 2 pulak. LOL! Ominious habis





Laporan asal FastCo

DROP : HOTEL TIUB MUDAH ALIH

Di Malaysia kita mempunyai Tubotel, sebuah hotel dimana biliknya dibuat menggunakan kolong konkrit. Bilik di Tubotel Langkawi adalah agak rudimentary dan kerana ianya konkrit adalah sukar untuk digerakkan. Oleh sebab itulah firma rekaan In-Tenta dari Barcelona menghasilkan konsep hotel Drop yang berbentuk tiub serta mudah dialihkan. Ianya dilengkapi dengan kemudahan asas yang diperlukan seorang penghuni hotel. Tidak seperti Tubotel, Drop dibuat daripada kayu dan lebih mudah dialihkan apabila perlu. Ini ialah konsep yang menarik. Nampak lebih selesa dari Tubotel kolong konkrit!




Laporan asal In-Tenta

XLDRON : MASA DEPAN PELANCONGAN ANGKASA

Ketika Dr Sheikh Muszaphar Shukormenjadi angkasawan pertama negara, ada pihak yang mengatakan beliau bukan angkasawan tetapi pelancong angkasa. Banyak pihak yang tak puas hati jika ini adalah benar kerana apa guna hu hah ada Angkasawan kalau dimata badan angkasa dunia Syed Muzapfar hanyalah seorang pelancong. Ini cerita lama. Mari dengar cerita baru. What if kita boleh melancong ke Angkasa melalui firma swasta. Buat masa ini hanya pihak Virgin sahaja yang menawarkan pakej pelancongan ke "Angkasa" dengan harga yang tidak mengakibatkan kemuflisan melampau. This is not really true pasal kapal angkasa Virgin hanya naik sehingga permulaan angkasa dan bukan angkasa lepas. XLDron Versatile Earth Windowialah sebuah konsep sistem penerbangan, pelancaran dan tempat tinggal pelancong masa hadapan. Nampak macam versi lebih ganas dan roburst yang digunakan oleh pihak Virgin.

Kalau ada duit korang nak pergi melancong ke angkasa?

In b4 "lebih baik pergi haji"






Laporan asal Tuvie

KONSEP KAPAL ANGKASA KARANAK

Konsep kapal angkasa oleh Karanak. Seratus tahun akan datang leluhur aku akan menulis dan menggelakkan "kapal angkasa masa depan" yang dipaparkan didalam blog ini. This is fact!





Laporan asal KaranakDA

BOT LAJU MEWAH REKAAN THIERRY MUGLER

Thierry Mugler ialah antara pereka fesyen terkenal didunia. Rekaan beliau menjadi pilihan supermodel ternama ketika dekad 90-an. Mugler kini mempelbagaikan payung perniagaan beliau dengan mereka benda lain selain fesyen. Mugler Spire Boat ialah sebuah konsep bot mewah rekaan beliau dan ianya mempunyai rekaan seakan-akan sebuah Batboat. Bot ini mempunyai dua buah enjin dengan 350 kuasa kuda dan ianya mampu bergerak pada kelajuan 70 batu sejam.






Laporan asal ThierryMugler

KONSEP BOT LAJU FERRARI

Kami ada paparkan ARNO XI beberapa bulan yang lalu. Ianya merupakan satu-satunya bot lumba yang pernah direka oleh FerrariEnzo Ferrari sendiri yang melakukan rekaan tubuh dan enjin bot yang digunakan pada tahun 1953 ini. Abdul Wahid seorang pereka industri mendapat inspirasi untuk menghasilkan konsep Ferrari E110 Elegante dibawah. Beliau menggunakan design ques dari Ferrari 458 sebagai rekaan asak E110 Elegante di bawah. Persoalannya disini adakah Ferrari perlu menghasilkan bot laju mereka sendiri? Adakah kita akan dapat melihat The Prancing Seahorse di masa hadapan?




Laporan asal Tuvie
Postingan Lebih Baru Postingan Lama Beranda

"COGAN" 8) WKWK

Like, please~

Follow, please~

 

Different Language ?

Inget Sholat..

Istri Eyang Subur

Rajin Bacanya yaa

IP Address dkk

IP

Who was Here ?

Followers

 

Templates by Nano Yulianto | CSS3 by David Walsh | Powered by {N}Code & Blogger