Minggu, 12 Mei 2013

KONSEP TELEFON FACEBOOK

Beberapa minggu yang lalu Facebook dikatakan mahu membangunkan semula projek telefon Facebook mereka. Jika anda masih ingat tahun lalu Facebook bekerjasama dengan HTC untuk menghasilkan HTC ChaCha. Telefon pintar ini kurang mendapat sambutan. Tidak diketahui mengapa Mark Zuckerberg mahu menghasilkan telefon berjenama Facebook sedangkan percubaan pertama mereka boleh dikatakan gagal.

Dibawah ialah konsep untuk telefon Facebook yang dihasilkan oleh Michal Bonikowski. Adakah anda berminat untuk memeliki berjenama Facebook? Aku dah tak berapa lepak Facebook kerana menghabsikan masa di Twitter.




Laporan asal Yanko Design

YELLOW RIVER HOTEL : HOTEL UNIK DI MONGOLIA

Mongolia ialah negara yang sering kita kaitkan dengan C4 di Malaysia. Tapi tahukah anda Mongolia mempunyai dataran steppe yang besar dan pernah menjadi pusat kerajaan Mongol Gengkhis Khan. Yellow River Hotel ialah sebuah hotel yang akan dibina di Jungar Banner, Mongolia. Hotel ini direka untuk kelihatan seperti batuan kristal yang terkeluar dari bumi Monglia. Apabila siap kelak ia akan menjadi antara hotel yang paling unik rekaannya didunia.





Laporan asal ArchDaily

HOTEL ARMANI DI MILAN

Nampaknya Georgio Armani sudah memasuki perniagaan perhotelan. Mungkin ini adalah salah satu cara syarikat pakaian mewah ini untuk diversify their revenue stream. On a side note apakah revenue stream dalam Bahasa Malaysia?

Anyways Hotel Armani di Milan ini merupakan hotel pertama dimiliki oleh Georgio Armani. Setiap perincian hotel dari pemilihan fabrik, rekaan perbot dan juga hiasan dalaman dilakukan sendiri oleh pereka fesyen yang ternama ini. Hotel ini mempunyai 95 bilik dan juga mempunyai Armani Spadan Armani Bar. Pendek kata jika anda slave to the Armani brand and pasti mahu tinggal di sini jika anda melawat kota Milan. Bayaran semalam bermula dari EURO 385 (RM 1477). =





Laporan asal Luxatic

HOTEL 9H : HOTEL KAPSUL DI KYOTO

Hotel kapsul ialah hotel yang menyewakan kubikel kecil kepada mereka yang mahu bermalam sementara. Konsep hotel kapsul dimulakan oleh Kishi Kurokawa pada tahun 1979 bagi menyelesaikan masalah salaryman yang tidur di pejabat. Kapsul disewa untuk jangka masa pendek dan hanya memberikan kemudahan paling asas. Sejak dimulakan, konsep hotel kapsul sudah berovulusi beberapa kali untuk memberikan keselesaan yang lebih kepada penyewa.

Di Shimogyo-ku, Kyoto, Hotel 9H dibuka pada tahun 2010 dan ia kelihatan seperti sebuah hotel yang dibuka oleh APPLE. Ianya sugguh kemas dan moden. Sebanyak 125 kapsul boleh disewa didalam bangunan setinggi 9 tingkat ini. Jika mahu tinggal disini anda perlu menyewa sekurang-kurangnya selama 4 jam dan maksimum selama 17 jam. Harga sewaan ialah Yen 4900 (RM194).







Laporan asal Facebook 9H

GUNDAM LOUIS VUITTON

Di Malaysia hobi membina GunPla sudah boleh dikira mainstream. Gunpla yang ada memang sudah terkenal dengan ke-bad assannya. Setiap tahun ada sahaja kit model terbaru yang dihasilkan dengan bagi memenuhi permintaan Gundamfags seluruh dunia. Kebanyakkan GunPla dibina untuk kelihatan seperti Gundam di dalam siri animenya. Tetapi kadang kala pembina GunPla menunjukkan kekreatifan mereka dan menghasilkan sesuatu yang unik. Pembina GunPla dari Gundamguys menghasilkan model unik Gundam versi Louis Vuitton. Have to say not bad! Jika anda suka dengan apa yang mereka hasilkan lawati laman web mereka.




Laporan asal Gundamguys via Kotaku

RUPA SEBENAR PELAKON TELETUBBIES

Sebentar tadi kami paparkan rumah Teletubbies versi sebenar. Kali ini mari kita lihat rupa sebenar pelakon di sebalik kostum comel Tinky Winky. Dipsy. Lala dan Po!



PULAU MAISON LOUIS VUITTON MARINA BAY SINGAPURA : MAISON PERTAMA DI ASIA TENGGARA

Selamat datang ke Maison Louis Vuitton pertama di Asia Tenggara yang terletak di Marina Bay Sinagpura. Ia merupakan Maison ke 12 LV dan yang pertama dibina diatas "pulau". Direka oleh Peter Marino, Maison LV di Singapura ini diilhamkan dari reka bentuk kapal layar mewah. Bangunan setinggi 4 tingkat ini boleh dilawati dengan berjalan kaki atau menaiki bot peribadi yang boleh dilabuhkan di kawasan peribadi. Selaras dengan rekaan diilhamkan kapal layar mewah, kayu Oak digunakan pada lantai dan tangga. Terdapat juga balkoni yang menyerupai geladak promenad lengkap dengan kerusi malas yang empuk. Kalau anda mahukan privasi , terdapat bilik khas untuk anda membeli belah. Anda hanya perlu duduk dan pekerja LV akan membawakan apa yang anda mahu untuk dicuba didalam bilik VVIP ini.

Keempat-empat tingkat mempunyai tema dan koleksi berbeza. Satu tingkat untuk koleksi lelaki, wanita, barangan kulit dan aksesori mewah LV yang lain. Maison LV Marina Bay ini dibuka semalam dan pelakon terkenal Cate Blanchett diberikan penghormatan memotong riben perasmian kedai yang one of a kind ini. Datanglah ke Singapura dan berlagaklah macam mak datin.. ha ha!






Laporan asal Wallpaper
Postingan Lebih Baru Postingan Lama Beranda

"COGAN" 8) WKWK

Like, please~

Follow, please~

 

Different Language ?

Inget Sholat..

Istri Eyang Subur

Rajin Bacanya yaa

IP Address dkk

IP

Who was Here ?

Followers

 

Templates by Nano Yulianto | CSS3 by David Walsh | Powered by {N}Code & Blogger