Green School Ini ialah sebuah sekolah antarbangsa mesra alam yang terletak di Bali. Ianya berbeza dari kebanyakkan sekolah kerana ianya dibina menggunakan buluh. Bangunan sekolah, astaka dan jambatan yang menyambungkan sekolah dibina dari buluh yang di ambil dari kawasan berdekatan. Sistem kelas terbuka juga menurut pengasas Green School merapatkan lagi pelajar dengan alam sekitar mereka. Ini diharapkan akan membuatkan mereka lebih menghargai keindahan alam sekitar yang sedia ada. Sekolah ini terbuka kepada semua orang tetapi buat masa ini 80% dari 300 orang muridnya adalah terdiri dari expatriat. 20% lagi terdiri dari kanak-kanak tempatan yang diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di sini. Ini adalah kerana yuran tahunan sekolah ini amat mahal iaitu diantaraUSD 9000 - USD13 000 (RM 27000 - 39 000) untuk satu penggal. Tiada warga Bali yang mampu membayar yuran yang mahal macam ini!
Check out this page in {0} translated from {1}translated fromOriginal:Translated:Automatic translation powered by Microsoft® TranslatorStart translatingStop translatingCloseClose and show original pageSelect
0 komentar:
Posting Komentar